Monday 19 March 2012

Macam nak mati.


Hari ini hari terakhir aku di Joho. Masa cuti 5 hari memang tak memenuhi kuota nafsu aku ini. Bukan ape,kalau boleh nak bermanja dengan mak ayah lama lagi. Yelakan,balik pon bukan selalu. Maklumlah belajar 'over the sea'. 

Tiket pon dah beli. Tinggal angkat kaki tunggu di stand Skudai. Sambil ditemani ibu,ayah aku diescort menaiki kereta viva 10 000 cc siap tebo lagi. Aku di iringi umpama VIP menuju destinasi. tapi dalam hati ini,pilu teramat.

Selepas lapan minit,empat saat, limapuluhlima milisaat,aku pon tiba di stand skudai. Aku ingatkan orang tak lah ramai,tapi sangkaan aku meleret. ianya sememangnya tak ada orang. Yela,aku balik hari khamis. kan orang selalu pilih hari minggu. yang ada pun cuma,orang gila bernama devan yang aku kenal sejak sekolah menengah lagi. dia jadi gila sebab impiannya untk berkahwin dengan aisywariya rai punah selepas mendapat tahu si jelitawan itu kahwin dengan hero india yang yg jauh lebih putih darinya. Gila.

Aku terpaksa menunggu hampir 40 minit untuk bas sampai. Memang celaka. ini bukan marah, cuma cara aku menunjukkan rasa simpati pada diri. Celaka. Kini,aku harus pergi, meninggalkan JB. Selepas bersalaman dengan ayah dah ibu,diiringi tangis dan sedih siap diberi wang saku, aku terus menaiki kenderaan beroda lapan tersebut. Kalau naik bas ni,kita duduk ikut seat yang kita beli tu. Seat aku nombor bernombor 16. Tika mencari seat yang dikehendaki,aku mendapati seat aku telah diduduki oleh seorang brader melayu yang aku rase dalam lingkungan umur 30 tahun. Muka dia amat bengis. Ala-ala gangter pon ada. Korang kan tahu,aku ni hati tisu. So,segala perkara berkaitan keganasan dan berunsur kejahatan memang buat aku lemah. Namun,bagi mendapatkan balik hak aku yang ditindas,aku memberanikan diri menegur jejaka tersebut. Sedang si dia duduk sahaja,aku pun tegur dengan sopan santun dalam nada gentleman yang selalu aku guna masa bercinta masa tingkatan 5 dulu.

“assalamualaikum encik. Maaflah mengganggu. Saya rasa ni seat saya”
“ ehhh,apsal pulak. Aku beli elok2 seat nombor ni”
“Cuba encik cek balik nombor seat tu.mungkin seat lain kot”
“Nahh,no 16. Tuhhh.haaa,same kann.”
“Saye pon same jugak encik”
“kau faham bahasa tak ni? Tu masalah kau.yang penting ni memang seat aku”


Penumpang lain mula menjeling-jeling ke arah kami. Ini amat memalukan,kata hati. Aku dengan rasa tak puas hati, terus memanggil si penjual tiket tersebut. Nama beliau Seri. Kawan lama sekolah dulu. Aku pun memujuk seri untuk selesaikan masalah ini. Seri pun terus pergi slowtalk dengan brader tersebut sambil aku follow sembunyi di belakang badan seri yang lebar itu. Selang tiga minit aku menunggu di suatu sudut bas kerana tidak mahu campur urusan tiket ini(bukan takut), tiba-tiba Seri memaki “Bodohhhhhh” pada brader tadi. Aku tergamam. Kalau nak tahu, Seri ini memang terkenal dengan panas baran sejak sekolah menengah lagi. Dialah juga gang leader bagi kumpulan NONA. Tiga tahun berturut-turut memenangi kejuaraan wanita-wanita terkuat zon Skudai. Banyak musuh yang terkorban ditangan beliau ketika itu.

           Selepas sahaja seri memaki brader tersebut tanpa rasa bersalah, brader tersebut terus bangun dari seat aku dan turun dengan muka loser sekali. Beliau sempat juga meminta maaf pada aku. Kemudian,Seri memanggil aku sambil melontarkan senyuman yang paling cantik dia boleh kasi. Sedih,Hodoh pada mata aku ini.

          “Sebenarnyaa,brader tadi salah bas. Dia nak pegi Pahang. Bila aku kata bas ni pergi Penang, dia kata bukan. Aku jaga tiket aku tahu lahh. Manalah aku tak marah. Dah salah,tapi tak reti nak ngaku. Apa lagi,aku pon maki lahh.”

Begitulah penjelasan pendek Seri yang telah membantu menjernihkan situasi aku pada malam itu. Selepas kejadian itu, Seri menjadi idola aku yang ke lapan puluh satu. No fon beliau juga aku catatkan dan simpan dalam fon usang aku hingga hari ini. Terima kasih Seri.jasamu amat kuhargai. 

2 comments:

  1. Perasaan dikatakan bodoh oleh seorang perempuan.. Aku xtaw camne dia jalani hidup dia pasni.. Kompem tekanan jiwa..

    ReplyDelete