Tuesday 27 March 2012

Jangan Cari Pasal Dengan Baju.



           Sedang aku leka menaip assignment aku yang ke tujuh untuk malam ini, tiba – tiba pintu bilik aku diketuk kencang. TOK, TOK, TOK!!!. Kuat ketukannya. Punyalah memekak,bingit telinga aku. Dalam hati, aku memaki, sumpah seranah org berkenaan. Paling power maki aku penah bagi kat sesiapa. Antaranya Celaka. Itu peveret aku. Mana la taknya, deadline keje ni besok pagi. Haishhh. Aku bingkas bangun menuju ke pintu sebab nak tengok celaka mana yang ganggu time period aku ini.


           Kejappp!! Aku menjerit. Selak pintu ditolak ketepi dan pintu ku buka. Kala itu,aku buat muka paling gampang sekali yang aku boleh kasi. Di depan aku, kelihatan si polan A tercegat bertuala nipis berwarna biru singkat paras lutut tersengih malu-malu. Aku tahu,mesti ada agenda tersembunyi yang boleh menggugat ketenteraman aku pada malam ini. Lalu belum sempat aku bertanya apa – apa, si polan A lincah menyapa aku. “Tengah tidur ke?”. Sungguh hina soalan kau wahai kawan. Kalau aku tengah tidur, mana nak nya aku buka pintu ni. Lagi satu, orang dah tidur pun kalau kau ketuk macam nak pecah, memang bangun lahh bangang. Bangang!! Aku tersenyum dan hanya menjawab belum. Aku pun terus bertanya apa yang beliau mahu sambil cover – cover rasa klimaks marah yang nak terpancut ini. 


“Besok pakai baju ape ha? Kemeja ke Gerko?”


            Aku undur setapak dan Panggggggg!!! Aku hempas pintu bilik aku sekuat hati. Aku terus berjalan menuju ke meja study dan terus menghabiskan assignment yang tak settle lagi. Maka tamatlah malam itu dengan penuh caci maki diselangi istighfar sebagai penyejuk hati. Sadis,sungguh sadis malam itu. 


* Ohhh, kawan, sudah masuk tahun ke tiga kau di sini. Harap hal baju ni dapat kau selesai sendiri.

1 comment: