Sunday 25 March 2012

Di kala malam romantik.

malam ini membosankan,
sunyi,sayu,
di temani sepi yang tidak berganjak,kaku,
di tepi tingkap kaca dilitupi kotor habuk,
tebal menutup,
cahaya lampu neon jalanan jatuh masuk,
mengesot ke arah aku,
samar - samar,
aku duduk lemah
di  atas kerusi plastik berlapikkan kain pelekat berlipat,
termenung ke luar,
mendagu,melangup ke luar,
melihat gelagat makhluk - makhluk yang bukan pada normanya,
asing sungguh di luar sana,

terbaring lena di atas meja,
titipan tulisan dan kerja,
aku biarkan sahaja,
sudah tidak tahan,
di ganggu tanpa rela,
dari pagi,
letih, lesu menurut kata tanpa bicara,
kalau kuasa pada diri, mahu saja ku humban
ke tepi,
tapi kuasa itu bukan di sini,
akan ku sabar menanti,

aku terus dalam halusinasi,
tidak bergraviti,
terapung tinggi dalam fikiran sendiri,
cuba mencari apa erti malam ini,
melayang, terus melayang,
tapi aku kembali pada realiti,
bahawa sang malam ini tetap sunyi.
keparat kau,
bosan,sungguh bosan.

*kala assignment tak siap lagi.







No comments:

Post a Comment