Wednesday, 28 March 2012

Kisah sekolah: Cita - cita



    Baru – baru ni selesai sudah SBE ketiga aku dalam program PISMP ni. So, aku cuma nak ceghite sikit pasal aktivit peveret kitorang masa handle kelas kat sekolah ni.

   Aku rase hampir kesemua kelas yang aku dan membe lain masuk, kitorang banyak tanya pasal cita – cita. Ye, ambition. Untuk budak- budak, cita2 ni adalah benda wajib yang patut ada dalam jatidiri mereka ketika tu. Kiranya benda paling basic lah. Tapi kat sini aku bukan nak ceghite pasal cita-cita diorang. Aku nak ceghite pasal cita2 aku masa zaman paling comel dulu.

Masa sekolah rendah:

1. Doktor (tapi giveup masa darjah 4 sebab bila jumpa darah,aku trauma,siap nak termuntah)

2. Jurutera

3. Polis

4. Askar laut/Navy (sebab satu keturunan ayah aku navy-giler betul diorang ni suka laut)

5. Pelakon (time kecik-kecik dulu,aku memang suka berlakon.lagi2 time nak kena pukul dengan ayah aku pakai hanger. Mulalah aku meraung style batu belah batu bertangkup kebulur tak dapat ikan. Last2,ayah aku lepaskan)

6. Pelumba basikal Negara (Ini sebab kes aku suka lumba basikal,pastu ada lawan antara  blok masa kecik dulu sehingga membolehkan aku merangkul johan antara lima blok untuk tiga minggu berturut,digelar raja ligan)

7. Profesor (Aku pun tak tahu ape kejadah keje professor ni-yang aku nampak tua,serabut dan duduk atas kerus pegang buku)

8. Guru tabika (ini terpengaruh dari mak aku,cikgu tabika)

9. Pilot

10. Chef (aku memang suka makan )

Masa sekolah menengah:

1. Pakar pemakanan (ini time aku ikuti kursus slimworld untuk tiga bulan sehingga aku ramping)

2. Pakar fisiologi

3. Jurutera awam (ape giler, belajar pure sains, tiba2 minat pulak nak bina rumah)

4. Cikgu ( nilah cita-cita aku paling gampang aku tak pernah terfikir)

Kini:

Bakal menjadi guru yang akan mencorak minda kelas pertama untuk anak bangsa.

*********************************************

Aku harap profesion keguruan ini dapat mengubah dan mendidik aku erti menjadi seorang, anak yang soleh, bakal suami yang penyayang, dan insan yang taat pada agama, bangsa dan Negara

(Harapan di atas tolong abaikan)

No comments:

Post a Comment