Sunday, 1 April 2012

Mati itu bila - bila sahaja.

hari ini kau lawat aku lagi,
bukan hari ini sahaja,
hari - hari,
kau perhati tanpa henti,
tanpa jemu, 
tanpa keluh,
bukankah?

aku tak pernah ambil peduli,
itu pun bila dipanggil,
kuat panggilannya,
nyaring melaung ke arah aku,
bukan seorang,
bukan berdua,
bukan bertiga
bukan berempat,
aku pun tak tahu berapa ramai,
kadang kala
panggilan itu tak bermakna,
sibuk,leka,lalai,alpa,
aku hiraukan sahaja.

tolonglah,
hal aku lagi penting,
kerja,assignment,keluarga,hal itu ini,
banyak,banyak,banyak,
lain kali boleh?
tak pun sekejap lagi,
jangan risau,
aku datang nanti.
aku sibuk sekarang.

*********************************************
ku tulis untuk diri sendiri,
tentang aku dan mungkin kamu,
dalam hidup seharian kita,berapa kali kita ingat Dia.
dalam hidup seharian kita, berapa kali kita habiskan masa duduk(sujud) kepadaNya,
pernahkah kita ambil tahu tentangnya seperti mana kita ambil tahu perihal hari - hari kita.
aku yang jahil lagi hina, hanya mampu berharap,
yang aku sentiasa di bawah jagaannya,perhatiannya dan dipelihara.





No comments:

Post a Comment